You are born to be REAL, not to be PERFECT.

Wednesday, March 3, 2021

Euphoria


 eu.pho.ri.a

(n.) a feeling or state of intense excitement and happiness

Happiness is an emotional state characterized by feelings of joy, satisfaction, contentment, and fulfilment. While happiness have many different definitions, it is often described as involving positive emotions and life satisfaction.

Kadang, rasa bahagia buat kau leka dengan kehidupan realiti sebenar,
Masalah dan kerja yang kena kau hadap.
Kebahagiaan buatkan kau buta sebentar,
Mengasingkan diri dari masalah, cuma untuk fokuskan diri untuk kejar kebahagiaan kau.

Tapi kau pasti ke bahagia tu berkekalan?

Manusia datang dan pergi,
Jadi kau tak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi pada seseorang,
terutamanya untuk those people to stay for you until the end.

Kerana akhir kisah nanti, 
kau cuma ada kau seorang sahaja.
Mereka yang ada sekarang cuma memberi sokongan untuk kau,
mencoretkan memori dalam buku novel kehidupan kau,
meninggalkan ubat dan racun dalam perjalanan hidup kau,
menjadi pengajaran dan kekuatan dalam layaran masa hidup kau.


"Kau rasa kita boleh kekal sampai bila-bila ke?"


Adakah kau pasti kebahagiaan kau adalah dengan dia sampai bila-bila?
Kau pasti ke kau tak akan berubah hati?
Atau kau percaya ke suatu hari dia takkan tinggalkan kau?

Menarik semula kebahagiaan yang kau ada sekarang ?

.

Merasa bahagia bukan satu kesalahan,
bukan juga satu dosa sampai kau perlu rasa bersalah kerana kau rasa gembira.
Tapi, kau kena sentiasa beringat dengan diri sendiri.
Kebahagiaan yang ada sekarang bukan sampai bila-bila.

Letak limit dalam mencapai kebahagian, 
merasa kebahagian 
dan menikmati kebahagiaan.

Tapi, 
dari jauh aku juga akan sentisa mendoakan.

Kau yang membaca tulisan ini,
akan sentiasa bahagia dalam hidup kau.

Always have a cause for your euphoria.